Pages

Thursday, December 23, 2010

Hukum Beri Salam dalam Mesej

Apakah hukumnya jika kita taip bagi or jawab salam dengan ringkas contohnya `askum, walaikuslm or banyak lagi lar kan dalam handphone dan kat mana2 lagi lar.. Sila bagi dengan jelas kesimpulan dan jawapannya.. Dah dengar kalau bagi or jawab salam dengan ringkas mungkin tersalah maknanya kerana stiap ayat al-Quran tu kan ada makna trsendiri...

Maka jawabnya tidak wajib jawab melainkan ditulis dengan sempurna assalamu’alaikum. Begitu juga apabila seseorang memberi salam kepada kita dengan sebutan yang salah umpamanya “ ’askum ”, “ sekom “ atau sebagainya, juga tidak wajib dijawab salam itu melainkan disebut dengan sempurna assalamu’alaikum.

** mohon disebarkan pula pada saudara2 kita yg lain, sememangnya masalah ini seringkali ditanya dan dipersoalkan dan tidak mustahil ada yang membuat hukum sendiri tentang masalah ini, moga apabila disebarkan jawapan ini pada yg lain masalah ini selesai insyaAllah. Sememangnya ana mohon setiap apa yg ana sebarkan di sini pada saudara2 maka saudara2 sebarkan pula pada yang lain, tidak semestinya secara mesej, secara lisan juga lagi baik asalkan saudara faham apa yg ana maksudkan dalam sesuatu masalah itu.

Sumber: Al-Azhar Ad Din

Rujukan:
tekan sini

0 comments:

Post a Comment